CARA PENYEDIAAN


KAEDAH PENYEDIAAN :



  1. Ambil 1 paket(100gm) rumpai laut(stok 100gm untuk 4 ke 5 minggu sahaja)
  2. Basuh rumpai laut, ramas-ramas sama seperti membasuh beras, cuci sebanyak 5-6 kali(untuk mengurangkan bau boleh juga dicuci dengan asam jawa).  
  3. Rumpai laut yang telah dibasuh hendaklah direndam semalaman(kalau nak rendam bersama daun pandan pun ok untuk bau wangi). Selepas direndam semalaman, rumpai laut perlu dicuci lagi sebanyak 5-6 kali dan toskan.Simpan air rendaman yang semalam tu untuk lain-lain kegunaan yang akan saya terangkan nanti. 
  4. Untuk proses merebus 100gm rumpai laut, masukkan sebanyak 2-2.5 liter air kosong ke dalam periuk. 
  5. Bagi menghilangkan bau hanyir, semasa merebus boleh masukkan daun pandan 2,3 helai. Rebus selama 30-40 minit dan seeloknya dikacau sehingga rumpai hancur. Bila rumpai dah hancur, tapiskan ke dalam bekas berasingan(baki yang ada dalam penapis tu boleh disimpan untuk dijadikan masker). Biarkan sejuk terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam peti ais(bukan di bahagian sejuk beku). Air rebusan rumpai laut yang disimpan didalam peti ais akan beku seperti jeli/agar-agar.
  6. Boleh dimakan begitu sahaja atau dicampur dalam jus minuman sunquick.
     

      CARA PENGAMBILAN :

      • Ambil 2-3 sudu besar jelly rumpai laut semasa bangun tidur (seeloknya sebelum gosok gigi) atau setengah jam sebelum sarapan (waktu terbaik adalah ketika perut kosong) dan sebelum masuk tidur (malam).


      • Boleh dimakan begitu sahaja atau dicampur dalam jus minuman sunquick, ribena, abc, cendol, laici kang, bandung untuk memberikan perisa yang enak/lazat.
      • Untuk mereka ada penyakit boleh ambil 1 sudu besar (pagi dan malam) secara permulaan. Bila sudah serasi boleh ambil 2 sudu besar (pagi dan malam) dan tambah satu lagi dos ke 3 sudu besar apabila sudah betul-betul serasi. Produk ini dijadikan sebagai makanan tambahan. Ia akan memberi kesan healing crisis dan denyutan di bahagian anggota yang sedang sakit bagi pesakit kanser atau sebagainya.

      PERHATIAN : 
      • Elakkan pengambilan kopi, teh dan minuman yang berkafein/berkarbonat dalam tempoh 3 jam selepas pengambilan. Ini kerana ia boleh menyerap vitamin C, kolagen dan glutathione (agen pencerah) dalam badan kita.
      • Perlu perbanyakkan minum air kosong (sekurang-kurangnya 2.5-3 liter sehari) bagi melancarkan pembuangan toksin dan mengoptimumkan penyerapan kolagen oleh badan.

         
      CARA MEMBUAT MASKER :
      Kelebihan menggunakan jelly rumpai laut ini ialah harganya yang jauh lebih murah dan bebas kimia serta dapat dipelbagaikan rasa apabila diambil bersama minuman kegemaran, ia juga boleh dibuat masker wajah. Anda akan dapat rasa kulit muka tegang, lembab, licin, gebu dan cerah walau selepas kali pertama pemakaian.





      1. Cuci muka 2-3 kali dengan sabun pembersih dan bilas supaya pori-pori muka terbuka luas.
      2. Selepas cuci, seeloknya wapkan muka selama 10 - 15 minit bagi membuka liang-liang pori kulit wajah (kalau tak nak wap pun tak apa).
      3. Sapu rata gel kolagen di muka dan leher (seeloknya dibuat setiap hari).
      4. Biarkan kering lebih kurang selama 20 minit sebelum dibersihkan atau boleh juga dibiarkan semalaman sebelum dicuci keesokkan pagi. Ia pantas menyerap dan tidak melekit atau berbau. Hasilnya pori-pori kulit wajah lebih halus, lembut, anjal dan cerah berseri. Untuk memperoleh hasil yang menawan elok diamalkan setiap hari.

      Selain penyediaan masker wajah asas ini, anda juga boleh mencampurkannya dengan bahan lain mengikut kesesuaian jenis kulit. Contohnya, untuk kulit berminyak, sebatikan gel kolagen ini bersama sebiji tomato yang dibuang biji dan kulit serta dilenyek halus. Campuran ini kemudiannya disapu pada wajah dan dibiar kering selama 20-25 minit sebelum dibersihkan. Ia mampu mengimbangi pengeluaran minyak berlebihan selain menjadikan kulit lebih halus dan bersih.

      Bagi mereka yang berkulit normal pula, campuran madu bersama gel kolagen ini lalu dibuat masker wajah, akan membuatkan kulit mereka tampak lebih berseri, segar dan bercahaya. Manakala bagi yang berkulit kering, boleh cuba mencampurkan gel kolagen ini dengan susu tepung atau jus lemon bagi mengembalikan kelembapan kulit dan membuatkan anda tampak lebih muda dengan melambatkan tanda-tanda penuaan lain. 

      Walaubagaimanapun, pengambilan jelly rumpai laut ini seeloknya dijadikan sebagai makanan tambahan setiap hari kerana akan memberikan kesan langsung terhadap kesihatan dalaman diri anda secara keseluruhan, dan akan terserlah di luaran melalui wajah serta kulit badan yang tampak segar dan berseri.

       


      SIAPA YANG BOLEH MAKAN RUMPAI LAUT
      1. Lelaki dan wanita.
      2. Ibu mengandung(kulit anak jadi cantik-untuk kandungan 4 bulan ke atas sahaja). Ibu rasa bertenaga dan tidak mudah letih.
      3. Ibu menyusu, rumpai laut kaya dengan mineral dan baik untuk bayi.
      4. Kanak-kanak berumur 2 tahun ke atas.
      5. Wanita lepas bersalin tidak digalakkan ambil, selepas dua bulan baru boleh ambil rumpai laut asli ini. 


      MANFAAT AIR RENDAMAN(AIR RENDAMAN SEMALAMAN RUMPAI LAUT)
        
      1. MENGHILANGKAN REKAHAN DITUMIT KAKI
          Cara-caranya : 
      • Ambil air rendaman semalaman rumpai laut yang ditoskan.
      • Letak di dalam bekas(baldi atau besen). 
      • Rendamkan kaki anda(20 minit rendam pun sudah nampak kesannya, lagi lama rendam lagi baik).
           Kesan Penggunaannya :
      • Sekali cuba - kulit tumit terasa halus.
      • 3 hari guna - rekahan berkurangan.
      • 7 hari guna - rekahan hilang, kulit kaki halus umpama membuat rawatan di spa.
      • Kuku kaki bersih dan cantik seakan-akan membuat rawatan manicure dan pedicure(masa pemulihan bergantung kepada jenis rekahan). 




      2. KULIT HALUS SEAKAN-AKAN KE SPA
         
           Cara-caranya :
      • Ambil air rendaman semalaman rumpai laut yang ditoskan.
      • Sapu ditangan, lengan, kaki dan di tempat yang diinginkan(seperti menyapu losyen).
      • Biarkan kering selama 5 minit.
      • Bilas dan lihatlah hasilnya - kulit akan terasa halus.
           Kesan Penggunaannya :
      • Penggunaan sekali memberikan kesan serta merta halus dan tegang pada kulit.
      • Penggunaan berterusan membuatkan kulit semakin halus seperti kulit bayi, putih cerah dan tegang.

      3. MENYIHATKAN RAMBUT

           Cara-caranya :
      • Gunakan air rendaman rumpai laut atau rumpai laut yang sudah dimasak.
      • Sapu ke kepala dan rambut.
      • Tunggu sehingga kering dalam 10-20 minit, baru dibilas sehingga bersih.
      •  


        Kesan Penggunaannya :
      • Kulit kepala bersih dari kelemumur dan gatal-gatal.
      • Kulit kepala akan menjadi lebih segar dan lembap.
      • Menyuburkan pertumbuhan rambut.
       
      4. Payudara
          Cara-caranya :
      • Ambil jeli rumpai laut yang siap dimasak dan disapu dibahagian payudara.
           Kesan Penggunaannya :
      • Untuk wanita, ia mampu menegang dan menggebukan payudara anda.


      PERINGATAN :
      Jika rumpai laut kering menampakkan warna putih seakan-akan crystal putih, sebenarnya ia bukan kulat tetapi ia adalah hablur garam laut iodin yang terhasil bila mana suhu lembap dan boleh dibuang dengan membasuh berkali-kali sebelum merebusnya.
      Jangan panik kerana ini adalah ciri-ciri rumpai laut asli.


      KESAN PENGAMBILAN RUMPAI LAUT KE ATAS BADAN :

      1. Memelihara ketegangan dan keanjalan kulit.
      2. Memelihara kelembapan kulit.
      3. Menyokong baik pulih tisu dari kecederaan otot dan tulang.
      4. Menguatkan otot dan tulang.
      5. Membantu hati dalam proses detoksifikasi(buang toksin).
      6. Memelihara kelenturan sendi.
      7. Mengurangkan keradangan(inflammation) memberi tenaga.
      8. Membantu pola tidur.
      9. Memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protin pada saraf.  



      DOS PENGAMBILAN

      1. Kanak-kanak 2 tahun ke bawah tidak boleh ambil 
      2. Orang bersalin/sedang pantang tidak boleh ambil 
      3. Orang bersalin secara caesarian tidak boleh ambil tapi boleh ambil lepas pantang 
      4. Kanak-kanak 3 tahun 1 sudu kecil (pagi/malam) 
      5. Umur 7-12 tahun ambil 1 sudu besar 2x sehari. 
      6. Bagi 12 tahun ke peringkat remaja, boleh ambil 2 – 3 sudu besar 2x sehari.  
      7. Untuk dewasa seperti biasa 3-4 sudu besar 2x sehari. 
      8. Warga emas 3 sudu besar pagi & malam 
      9. Ibu menyusu untuk memberi tenaga  2 sudu besar pagi & malam 
      10. Selamat untuk ibu mengandung kerana ianya tiada campuran bahan chemical dan pengawet.100% asli. Bagi ibu mengandung 1-3 bulan boleh ambil 1 sudu besar pagi dan malam. Jika tidak yakin sila rujuk ke doktor. Bagi 4 bulan ke atas boleh ambil dos seperti   biasa. Ini untuk memberi tenaga kepada si ibu untuk mendapatkan kulit bayi yang putih. 
      11. Jika terlebih dos sila minum air dengan banyak untuk mengelakkan kepanasan dalam badan serta berlaku kekeringan di badan. 
      12. Jarakkan masa makan untuk mengambil mana-mana supplement dan ubat hospital jarakkan antara setengah jam-1 jam sebelum makan ubat/supplement di waktu pagi dan selepas makan ubat/supplement diwaktu malam. 
      13. Jika ada penyakit kronik (allergic,gout,kanser,darah tinggi/rendah, jantung, buasir, paru-paru, migraine, kencing manis, sel dalaman mati, kolestrol tinggi,sakit lutut,arthritis,& etc yang related dengan penyakit kronik). Untuk mereka yang ada penyakit kronik, boleh ambil 1 sudu besar pagi dan malam secara permulaan. Bila sudah serasi boleh ambil 2 sudu besar pagi dan malam. Kalau sudah betul-betul serasi bolehlah makan 3 sudu besar. Jadikan ianya sebagai makanan tambahan seharian anda. Ia akan memberikan kesan tindakbalas dan denyutan di bahagian anggota yang sedang sakit bagi pesakit kanser dan lain-lain penyakit.

       

                                                             SELAMAT MENCUBA